I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 27 March 2011

Imbuhan Pinjaman Bahasa Sanskrit


Bahasa Sanskrit telah digunakan ke dalam bahasa Melayu dan banyak kosa kata bahasa Sanskrit terdapat dalam bahasa Melayu termasuk sistem imbuhan.

Menurut Tatabahasa Dewan, imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Antaranya seperti maha-, pra-, tata-, dan panca- telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar bahasa Melayu, sehingga penggunaannya amat produktif. Tetapi, terdapat juga bentuk imbuhan seperti, tuna-, tri-, dan –nita, yang penggunaanya atau terbitannya tidak begitu produktif.

Arbak Othman pula menyatakan pertumbuhan bahasa Malaysia banyak dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asing seperti bahasa Sanskrit, Arab, Latin dan kemudian bahasa Inggeris dan Belanda. Terdapat beberapa jenis imbuhan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit seperti imbuhan akhiran –wan (wartawan), -wati (seniwati), -man (seniman) dan imbuhan awalan maha- (mahasiswa).

1 comment:

  1. boleh tolong saya? ini latihan sekolah saya.

    __________ dalam buku perlulah menarik supaya pembaca tertarik untuk membelinya.

    Kebanyakan stesen minyak sekarang mengadakan perkhidmatan ____________.

    Kamus________ sangatlah baik untuk mereka yang ingin mempelajari bahasa.

    Puan Rahmah muncul sebagai johan bahagian _________ dalam Tiwalah al-Quran pada tahun lepas.

    Babak pertama dalam skrip ity adalah berbentuk ___________ seorang pelakon sahaja.

    ___________ itu selalu monolong orang yang daif.

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete

terima kasih... datang lagi