I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 28 March 2011

Harga Seorang Pahlawan

oleh: Nurulain Binti Mohamad Zin
Semester 4 sesi 2010/11
ISMP Bahasa Melayu, UPSI


Titisan darah yang mengalir
 Bagai luas di lautan
Titik peluh yang menitis
 Bagai embun  di pagi hari
Inilah  seorang perwira, seorang pahlawan
Tun saban sejarahwan negara.

Tun saban
Sentiasa merantau sana sini
Mengorbankan tenaga yang ada
tanpa kenal penat lelah
Kesan sumbanggnya hingga ke hari ini
Daripada tiada raja di negeri
Mempunyai  ada raja memerintah

Hakya cuba dipelihara
Niatnya salah dimengertikan
Musuh sentiasa menunggu masa
Mati dengan kehibaan dan kekejaman.

Cahaya Syurga

oleh: Nurulain Binti Mohamad Zin
Semester 4 sesi 2010/11
ISMP Bahasa Melayu, UPSI


Gelap. Nurul Jannah merenung di sekitar bilik itu. Dia tidak tahu kenapa dia berada dibilik tersebut. Dia keseorangan dan berjalan-jalan disekitar bilik. Tiba-tiba, dia melihat ada dua orang rakan baiknya iaitu Rina dan Amir berada di bilik tersebut. Mereka  sedang membaca Yassin untuk seseorang. Kenapa mereka tidak sedar akan kehadiranku? Dia tertanya-tanya siapa orang yang sedang ditutup keseluruh tubuhnya seperti orang yang telah meninggal dunia. Dia terus membuka kain untuk melihat dan alangkah terperanjatnya bahawa orang tersebut adalah dirinya sendiri.  Dia sangat takut.
“Ya Allah, Astagfirullahilazim....”Nurul Jannah terbangun daripada tidurnya. Rupa-rupanya,dia telah bermimpi. Dia terus menangis teresak-esak. Mungkin ini adalah petunjuk untuk dia atas kesilapan yang telah dia lakukan.
“Kenapa, Jannah? Awak ok?”Tanya Rina,kawan sebiliknya merangkap kawan baiknya. Rina berasa risau melihat  Jannah yang sedang menangis.
“Tidak ada apa-apa. Mimpi je”. Katanya. Jannah tidak mampu menceritakan apa yang dia rasakan tika ini.
“Mimpikan hanya mainan tidur. InsyaAllah, tak ada apa-apa pun. Sebelum tidur baca doa terlebih dahulu tau untuk jadikan sebagai pendinding bagi diri kita” nasihat Rina kepada Jannah. Jannah hanya senyap sepi.
Rina pun kembali ke tempat  tidur semula. Sebaliknya, Jannah masih memikirkan mimpi tadi. Dia berasa takut. Segera ini, Jannah teringat kisah silamnya yang penuh dengan dosa dan kehinaan.
“Wah,syok betul tempat ni. Boleh joget, berhibur, nyanyi. Hilang tension aku. Bagusla kau. Betul-betul memahami”. Kata Jane kepada Zack. Nama Jane merupakan panggilan rock Jannah. Jannah tidak suka orang memanggilnya Jannah. Geli katanya.
“Biasa la.siapa tak kenal Zack. Tempat ni dah macam rumah kedua aku. Memang best lepak sini”. Kata Zack dengan senyuman. Lampu berwarni-warni memancar ke tempat itu. Tempat itu di penuhi dengan manusia yang tidak bermoral dan hancur.  Jane sedang rancak menari dengan entah siapa sambil menghisap rokok.
Jane selalu pulang lewat ke asrama. Dia selalu di tegur oleh pak cik jaga yang menjaga kawasan asrama di kolej tempat Jane belajar. Walaupun sudah beberapa kali ditegur, Jane tetap buat tidak tahu seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Semasa Jane masuk ke bilik, dia melihat Rina sedang menunaikan solat sunat. Rina menegur Jane setelah usai menunaikan solat sunat.
“Awak baru pulang? tanya Rina.
“Kau tak nampak ke? Soalan Rina tidak dijawab malah pertanyaan yang dibalas sambil mencampakkan jaketnya ke atas katil. Dia terus merebahkan diri.
“Dah solat isyak? Tanya Rina lagi.
“Kau sibuk apa pasal. Suka hati aku la. Hidup aku. Kau jangan nak campur urusan aku. Kau nak sembahyang, sembahyang je lah”. Jane memarahi Rina. Rina hanya diam dan bersabar dengan kata-kata tersebut. Rina hanya mampu menggeleng kepala melihat sikap Jane yang seperti hilang arah tuju.
Begitulah kehidupan Jane setiap malam. Hanya tahu membuang masa dan berseronok sahaja sehingga mengabaikan pelajaran. Kadang-kadang, Jane tidak pergi ke kelas. Dia hanya tahu tidur sepanjang masa kerana kepenatan akibat pulang lewat. Pelajaran Jane semakin hari semakin merosot dan dia sudah beberapa kali mendapat surat amaran daripada pihak kolej. Tetapi, Jane memandang dengan sebelah mata sahaja kerana dia tahu ibu bapanya boleh menyelesaikan. Telefon Jane menjerit-jerit untuk diangkat.
“Hello, mama. Ada apa telefon pagi-pagi ni?. Jane mengantuk la”. tanpa memberi salam, Jane menyapa ibunya dengan suara yang agak serak-serak dan seperti orang mamai.
“Apa?mengantuk? Kenapa tidak pergi kuliah? Pergi mana semalam?. Bermacam-macam soalan yang ditanya oleh Datin Maria. Dia berasa berang dengan perangai anaknya yang tidak pernah mahu mendengar nasihatnya.
“Ala mama nih...Bising je pagi-pagi nih. Orang nak tidur ni, kacau pulak”. Balas Jane.
“Mama tak kira. Bangun sekarang dan pergi kelas. Nak jadi apa nih”. Datin Maria berkata dengan suara yang tegas. Jane pun terus mematikan talian telefon kerana bosan mendengar mamanya berleter. Sakit telinganya seperti dipanah kilat.
Kemarahan Datin Maria semakin memuncak. “menyusahkan aku je si Jane nih. Nasib baik sorang je anak aku”. Ngomel Datin Maria dalam hati.  Mungkin perkara ini terjadi disebabkan penceraian mama dan papanya. Jane berasa tertekan kerana kedua orang tuanya asyik bergaduh dan bertengkar. Mama Jane seorang yang menjaga standard dan hanya sibuk bekerja sebagai tauke butik sehingga kadang-kadang membiarkan hidup Jane terkontang-kanting. Ibu bapanya juga tidak pernah mengajar berkenaan dengan agama dan Jane sendiri tidak pernah melihat orang tuanya menunaikan sembahyang apatah lagi mempraktikkannya. 
***
“Baik kelas. Masa pun hampir tamat. Ada apa-apa soalan yang kamu semua masih tidak faham lagi? Silakan tanya”. Tanya pensyarah yang mengajar mata pelajaran pendidikan moral itu.
Tiba-tiba, pintu kelas itu terkuak dengan rakus. Semua pelajar menolah ke belakang den melihat Jane baru masuk ke kelas. Dengan gaya jalan macam orang lelaki, berpakaian pun seperti lelaki dengan memakai jaket, seluar, dan berambut pendek datang ke kelas.
“Kenapa datang lambat lagi? Tidak berminat nak belajar lagi? kalau tak, berhenti sahaja belajar. Tak payah nak menyusahkan orang lain”. Terjah pensyarah tersebut kepada Jane. Sakit telinga Jane mendengarnya. Semua orang memandang ke arahnya.
“Ala En. ni suka hati saya la. Saya yang nak belajar, duit saya. Langsung tidak ada kena mengena dengan En”. balas Jane dengan kata-kata yang sombong dan terus duduk di sebelah Rina.
“Ok. Ada apa-apa soalan? Tanya lagi kepada pelajarnya kerana tidak mahu bertengkar dengan Jane yang memang tiada adabnya.
“Tidak ada, En.”. Serentak pelajarnya menjawab.
“Minggu depan kita sambung dan berjumpa lagi. Harap kamu semua dapat siapkan tugasan yang saya berikan tepat pada waktunya”.   Kata pensyarah tersebut sambil melangkah ke muka pintu.
“Kenapa awak lambat datang kelas? Tadikan saya sudah kejut Jannah sebelum pergi ke kelas”. Tanya Rina kepada Jannah selepas tamat kuliah.
“Bangun lambat. Mengantuk la”.
“Lepas ini, awak nak pergi ke mana? Saya nak ke perpustakaan cari bahan. Nak ikut?”. Tanya kepada Rina kepada Jannah lagi.
“Pergilah. Aku nak pergi lepak dengan kawan-kawan aku. Bosanlah pergi perpustakaan. Nanti carikan bahan untuk aku dan salinkan nota kau sekali. Aku nak. Kalau kau tak buat, siap!Kata Jannah dengan selamba. Dia pun berlalu begitu sahaja. Jannah tahu yang Rina akan buat apa yang dia suruh kerana Rina seorang kawan yang sangat baik dan lembut. Dia suka mengambil kesempatan terhadap Rina. Rina hanya bersabar dan berdoa agar pintu hati Jannah akan terbuka untuk berubah ke arah kebaikan. Rina juga sudah berkali-kali menasihatinya tetapi Jannah tetap tidak berubah.
“Ops...maaf. saya tidak sengaja”. Kata seorang lelaki ini kepada Jannah sambil mengutip bukunya yang bertaburan di lantai walaupun sebenarnya Jannah yang bersalah kerana hendak cepat semasa menuruni tangga.
“Sakitlah. Apa maaf-maaf!. Kau buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Kalau nak jalan tu, lain kali pandang kiri kanan”. Tanpa meminta maaf, Jannah memarahi lelaki tersebut  dengan menggunakan perkataan yang kasar sambil mengusap-usap bahunya.
“Cik ada cedera apa-apa ke? Nak saya bawakan ke klinik?”. Tanpa mengendehkan kata-kata Jannah sebentar tadi, lelaki tersebut tetap hormat kepada Jannah.
“Tak payah. Tunjuk baik konon”. Balas Jannah dengan membuat mimik muka menyampah. Dia pun segera berlalu dari situ kerana kawan-kawannya sudah lama menunggu di luar. Lelaki tersebut hanya memandang langkah Jannah tanpa berkata apa-apa lagi. Terdetik hati Jannah, tiba-tiba dia merasakan ada satu perasaan yang aneh muncul dalam dirinya. Dia berasa tenang melihat muka lelaki itu. ‘ish...tak kan aku jatuh cinta kat dia kot. Macam Tok Imam je. Tak nak aku’. Hatinya berkata sendirian.
“Kau ni. Asyik lambat je. Kita orang nak pergi tempat best ni. Nasib kita orang tak tinggal kan kau”. Kata Roy kepada Jannah dengan nada suara yang tidak berpuas hati.
“Ala ko ni. Relaks la. Tadi ada mamat tu langgar aku la. Apalagi jom la. Aku dah sampai ni. Bak sebatang rokok dulu. Tak sempat nak beli lah”. Balas Jannah.
“Kau ni memang, kedekut. Mak bapak kaya. Kikislah. Bila lagi. Nah! amik rokok. Lepas ni kau belanja aku”. Kata Roy dengan tersengih-sengih seperti kerang busuk. Selepas itu, mereka merempit dan terus memecut laju. Jannah membonceng motor dengan Roy. Begitulah kehidupan Jannah yang sentiasa membuang masa dan tidak melaksanakan perintah Allah.
***
Ketika itu juga, Jannah teringat bagaimana dia mula berkenalan dengan lelaki yang pernah langgar sebelum ini, iaitu Amir. Amir lah yang telah menyelamatkan dan membantu dia. Kini dia sangat menyayangi Amir.
“Ya Allah....kenapa ni? Apa terjadi nih?”. Amir melihat seorang perempuan telah pengsan di atas rumput berdekatan dengan surau. Kebetulan, Amir baru hendak pulang dari surau selepas tamat menghadiri kuliah agama. Amir berasa risau dan meminta sekumpulan perempuan membawanya ke surau tersebut. Amir terpaksa menyentuh seraut wajah itu ketika hendak menyapu air yang telah dibaca dengan kalimah suci untuk menyedarkan perempuan itu.  Perempuan itu seolah-olah sedang meracau.
“Aku kat mana ni? Siapa kau? Buat apa kat sini?”. Tanya Jannah bertubi-tubi. Kepalanya masih terasa sakit lagi akibat terlalu penat dan berjoget. Ketika Jannah bangun, dia terdengar suara orang membaca Al-Quran dengan suara yang lunak dan merdu. Dia sungguh terpegun. Amir hanya tersenyum melihat kekalutan Jannah.
“Jangan risau. Awak selamat di sini. Tadi saya jumpa awak pengsan di depan tu. Saya bawa awak ke sini”. Kata Amir dengan tata tertib. Hati Jannah berasa sejuk dan tenang ketika berada di dalam surau. Dia merasakan seolah-olah berada di dunia lain yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Kalau tidak, sebelum ini, dia selalu rasa gelisah, tidak tenang, dan berserabut. Kali ini berbeza perasaannya apatah lagi bersama dengan lelaki itu yang bersih mukanya seperti diterangi cahaya. Tenang sekali dia kala itu.
Bermula daripada peristiwa itu, Jannah mengenali lelaki tersebut. Mereka berkenalan antara satu sama lain. Barulah Jannah tahu bahawa lelaki itu sekelas dengannya dan lelaki itulah yang telah dia langgar dulu. Amir juga seorang yang kuat pegangan agamanya. Walau bagaimanapun, Amir tetap berkawan dengan Jannah.
“Kalau saya tanya satu soalan boleh? Saya harap awak tidak salah faham dengan soalan saya”. Tanya Amir berbasi-basi kepada Jannah. Ketika itu, mereka beriringan keluar dari kelas. Amir memanggil Jannah dengan menggunakan namanya walaupun Jannah menyuruh memanggil Jane. Katanya, nama Jannah lagi cantik maksudnya iaitu syurga. Syurga adalah tempat yang diidam-idamkan oleh semua orang Islam kerana tempat itulah yang paling mulia di sisi Allah.
“Boleh. Apa dia?”. Sejak daripada peristiwa itu, mereka menjadi kawan baik. Jannah berasa damai apabila bersama dengan Amir. Kawan-kawannya terutama Roy pelik dengan sikap Jannah yang tidak mahu keluar malam bersama mereka.
“Kenapa awak tidak memakai tudung?”. Tanya Amir dengan perlahan. Jannah berasa sangat terkejut dengan soalan tersebut tetapi dia tidak marah. Tiada seorang pun yang pernah berani menanya soalan sebegitu walaupun keluarganya. Jannah berasa sangat sebak kerana masih ada orang yang mengambil berat terhadap dirinya. Melihat Jannah tidak memberi respons, Amir pun menyambung kata-katanya lagi.
“Kalau awak nak tahu, menutup aurat ni wajib bagi orang Islam sama ada lelaki mahupun perempuan. Bagi aurat perempuan, bermula dari anak rambut sehingga hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan. Sebagaimana firman Allah:

 “dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mencampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali  yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali kepada suami mereka , atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang  beriman, agar kamu beruntung.                                                                                                      (surah An-Nur:31)

Dengan ini, menunjukkan menutup aurat memang sangat dituntut dalam Islam. Jika orang lain yang melihat aurat kita selain muhrim kita, maka kita akan mendapat  dosa. Keredhaan Allah juga sukar dicapai”. Panjang lebar Amir memberi nasihat. Jannah sudah berasa sebak dan air matanya gugur ke bumi juga. Dia menangis teresak-esak kerana tersentuh setiap patah perkataan yang diucapkan oleh Amir. Dia tidak pernah membuat apa-apa yang disuruh oleh Allah malah melakukan perkara mungkar. Di berasa menyesal atas perbuatan yang lepas walaupun tidak di ketahui oleh Amir. Dalam hati, Jannah memohon agar diberikan petunjuk serta kemaafan dari-Nya.
Sejak dari itu, Jannah sudah berubah. Dia selalu membaca buku-buku agama di samping dibantu oleh Rina dan Amir jika dia tidak memahami sesuatu perkara. Dia sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan dua orang sahabat ini. Dia juga telah berubah menjadi seorang muslimat yang sejati dan melakukan perkara yang di suruh oleh Allah. Tudung juga sudah menjadi teman Jannah ke mana sahaja dia pergi. Walaupun keluarganya sangat terkejut dan membantah dengan perubahan Jannah, tetapi Jannah menganggap ia sebagi satu dugaan dalam hidup. ‘cantiknya awak mengenakan tudung’. Itulah kata-kata pertama yang lahir dari hati Rina.
Tiba-tiba, jam locengnya telah berbunyi pada pukul 4.30 pagi. Lantas mematikan lamunan Jannah sejak dari mimpi tadi. Dia pun segera bangun pergi mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat. Baru sahaja selesai mengejakan solat sunat dua rakaat, batuknya menyerang lagi. Batuknya tidak henti-henti. Perit dadanya kala ini. Dia melihat ada darah mengalir keluar dari mulutnya. Pada saat ini, dia teringat perbualannya dengan doktor yang membuat rawatan.
“Sejak bila awak mula menghisap rokok? Tanya doktor itu.
“Sejak saya berumur 12 tahun. Tapi sekarang, saya sudah berhenti. Kenapa, doktor?”. Tanya Jannah dengan perasaan yang cemas.
“Paru-paru awak telah rosak. Awak menghidapi penyakit paru-paru. Paru-paru awak telah hitam akibat menghisap rokok dalam jangka yang panjang.” Terang doktor itu. Jannah sangat terkejut dan berasa sangat sebak. Perbuatannnya telah memakan dirinya.
“Berapa lama saya boleh bertahan untuk hidup?” Tanya Jannah.
“Terpulang pada keadaan”.
Di kala ini, Jannah berteleku di atas sejadah dan memanjat keredhaan-Nya. Ya Allah, jika ini takdirku untuk hidup dalam masa yang singkat, aku redha. Kau lah yang mencipta dan mematikan umatmu. Mungkin, ini lah balasan Kau terhadap dosa-dosa ku yang lalu.  Kau lah yang lebih layak menentukan panjang pendek hidupku. Kau ampunilah segala dosa-dosaku dan ahli keluargaku. Jika ini perjanjian aku dengan-Mu, aku redha. Kaulah yang berhak atas segala-galanya.

forum b.melayu (Part 2)

forum b.melayu (Part 1)

Memahami Ayat Aktif Dan Ayat Pasif


Ragam ayat dalam Bahasa Melayu, ialah ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif. Dua perkara yang membezakan ayat aktif daripada ayat pasif ialah kedudukan subjek dalam ayat dan kata kerja yang digunakan.
Dalam ayat aktif, subjek menjadi judul ayat itu dan kata kerja yang digunakan ialah kata kerja aktif transitif yang berimbuhan meN-….  
Contoh ayat aktif:
a) Anak anjing Felix mengejar kucing jantan Maria.
 Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek (objek dijadikan judul) dan kata kerja pasif yang berimbuhan di-…, teR- … beR-…, ke-…-an atau mempunyai kata kena sebelum kata kerja. Kata kerja pasif (kata kerja dasar) tidak menerima sebarang imbuhan bagi kata pasif diri pertama dan diri kedua. 

Contoh ayat pasif:
a) Kucing jantan Maria dikejar oleh anak anjing Felix.
b) Anak anjing Marsha dikejar oleh kucing jantan Mawi.
c) Anak anjing Cheong terkejar oleh saya tadi.
d) Kucing jantan Ina terkejar adik saya.
e) Baju sekolah saya sudah berbasuh.
f) Baju itu belum bergosok.
g) Kami kehujanan semasa menjalani latihan bola sepak semalam.
h) Anak kucing jiran saya kelaparan kerana jiran saya sudah tiga hari pergi melancong.
i) Perompak yang merompak kedai emas itu sudah kena tangkap.
j) Beberapa ekor kera liar yang memasuki rumah saya sudah kena tembak.  KATA KERJA
TRANSITIF TANPA IMBUHAN
Biasanya, semua kata kerja transitif aktif menerima awalan meN-… kecuali kata makan dan minum.
Contoh ayat daripada kata makan dan minum:
a) Pada ketika itu, kami sedang makan sate di sebuah gerai di Kajang.
b) Kanak-kanak itu sudah minum air mineral yang diberikan kepada mereka. 
KATA KERJA BERAWALAN MEN-… TANPA OBJEK (KATA KERJA TAK TRANSITIF) 
Kata kerja transitif aktif digunakan dalam ayat aktif transitif yang mengutamakan subjek ayat sebagai judul. Objek yang mengikuti kata kerja transitif aktif terdiri daripada kata nama, frasa nama, atau klausa komplemen.
Namun begitu, terdapat juga ayat transitif aktif yang tidak mempunyai objek kerana objek kata kerja transitif aktif dalam ayat itu digugurkan. Kekeliruan yang dihadapi oleh pengguna bahasa Melayu adalah untuk membezakan kata kerja transitif aktif daripada kata kerja tak transitif yang berawalan meN-….
Hal ini mudah difahami kerana ayat mempunyai kata kerja transitif aktif dapat dipasifkan, tetapi ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan.
Contoh kata kerja tak transitif yang berawalan meN-… dalam ayat:
a) Syarini akan menjadi seorang pegawai tentera apabila ditauliahkan kelak.
b) Budak-budak itu berlari sambil menyanyi di padang sekolah.
c) Padi di sawah nenek sudah menguning.  
Walaupun dikatakan semua kata kerja transitif aktif mesti menerima objek, Terdapat banyak juga kata kerja transitif aktif yang tidak diikuti oleh objek kerana objek kata kerja transitif aktif itu digugurkan (berlaku proses pengguguran objek dalam ayat). Namun begitu, ayat berkenaan masih juga gramatis. 
Contoh ayat transitif aktif yang objeknya boleh digugurkan:
a) Bapa saya sedang mengarang di dalam biliknya. (objek yang digugurkan: buku, cerpen, novel, sajak, dan sebagainya)
b) Emak memasak di dapur. (objek yang digugurkan: gulai, dalca, nasi, dan sebagainya)
c) Adik sedang melukis. (objek yang digugurkan: gambar kucing, gambarajah, graf, dan sebagainya)
d) Saya telah memancing. (objek yang digugurkan: ikan di dalam kolam itu)
e) Mereka sudah makan pagi tadi. (objek yang digugurkan: nasi lemak, roti canai, dan sebagainya) Ayat aktif transitif di atas tidak dapat dipasifkan sekiranya objek selepas kata kerja transitif aktif tidak dinyatakan. 
Hal ini demikian kerana dalam proses pemasifan ayat, objek dalam ayat aktif transitif perlu dijadikan subjek dalam ayat pasif. Oleh itu, sekiranya ayat-ayat di atas hendak dipasifkan, maka objek dalam ayat itu perlu dinyatakan dan tidak boleh digugurkan.
Contoh ayat pasif daripada ayat aktif transitif di atas:
a) Buku (cerpen, novel, sajak, dan sebagainya) sedang dikarang oleh bapa saya di dalam biliknya.
b) Gulai (dalca, nasi, dan sebagainya) dimasak oleh emak di dapur.
c) Gambar kucing (gambar rajah, graf, dan sebagainya) sedang dilukis oleh adik.
d) Ikan di dalam kolam itu telah saya pancing.
e) Nasi lemak (roti canai, pisang, dan sebagainya) sudah dimakan oleh mereka pada pagi tadi.      
Selain itu, terdapat kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif yang menerima awalan teR-…. Banyak pengguna bahasa Melayu kurang sedar bahawa terdapat sebilangan kata kerja yang menerima awalan teR-… terdiri daripada kata kerja transitif aktif kerana kata kerja itu mesti diikuti oleh objek dan kata kerja transitif aktif yang mengekalkan awalan teR-… apabila dipasifkan. 
Contoh ayat aktif transitif dengan kata kerja transitif aktif yang berawalan teR-.. :
a) Saya tersepak batu tajam itu ketika berlari di padang.
b) Dalam pertandingan itu, Badang terangkat balak yang berat.
c) Anak kecil saya termakan masakan yang pedas.
d) Adakah kamu terbaca buku yang tebal itu?
e) Ibu terhidang lauk yang basi kepada tetamu. 
Semua ayat di atas dapat dipasifkan apabila kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata kerja transitif aktif berawalan teR-… itu dijadikan judul dalam ayat pasif. Walaupun bentuk kata kerja transitif aktif itu tidak berubah dan dikekalkan, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan dalam ayat pasif dengan kata kerja transitif pasif berawalan teR-…. termasuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.Ayat pasif dengan kata kerja transitif pasif berawalan teR-… daripada bentuk ayat aktif transitif di atas ialah:
a) Batu tajam itu tersepak oleh saya ketika berlari di padang.
b) Dalam pertandingan itu, balak yang berat terangkat oleh Badang.
c) Masakan yang pedas termakan oleh anak kecil saya.
d) Adakah buku yang tebal itu terbaca oleh kamu?
e) Lauk yang basi terhidang oleh ibu kepada tetamu. 
Selain itu, terdapat sebilangan kata kerja transitif aktif yang menerima apitan meN-…-kan dan meN-…-i mempunyai dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. 
Contoh ayat aktif transitif dengan dua objek:
a) Ketika di Madinah, saya membelikan Syarini sebentuk cincin.
b) Ibu sedang membacakan adik syair Burung Pingai.
c) Syamsyul mengirimi ibunya wang pada setiap bulan.
d) Hakim telah menjatuhi pengedar dadah itu hukuman gantung. 
Sekiranya ayat-ayat aktif transitif dengan dua objek di atas hendak dipasifkan, maka objek tepat hendaklah dijadikan subjek dalam ayat pasif. Hal ini dapat dilihat dalam ayat-ayat di bawah:
a) Ketika di Madinah, Syarini saya belikan sebentuk cincin.
b) Adik sedang dibacakan syair Burung Pingai oleh ibu.
c) Ibunya dikirimi wang oleh Syamsyul pada setiap bulan.
d) Pengedar dadah itu telah dijatuhi hukuman gantung oleh hakim.

Mengubah Ayat Aktif Menjadi Ayat Pasif


Sering kali, pelajar melakukan kesilapan apabila menukar ayat aktif transitif kepada ayat pasif apabila melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua.
Antara ganti nama diri pertama ialah saya, hamba, aku, kami dan kita manakala ganti nama diri kedua ialah awak, engkau, kamu, anda, dan tuan.
Dalam ayat pasif melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua, perlu diingat bahawa:
1. Tidak boleh menggunakan kata “oleh”,
2. Kata bantu seperti akan, sedang dsb. mesti hadir sebelum ganti nama diri.
3. Ganti nama diri : contohnya, saya, anda mesti diikuti oleh kata kerja : contohnya, tulis, baca , sepak.
4. Kata kerja mestilah menjadi kata dasar seperti tulis bukannya menulis, baca bukannya membaca.
Contoh 1
Ayat Aktif Transitif : Saya akan menulis rencana tentang isu vandalisme.
Ayat Pasif : Rencana tentang isu vandalisme akan saya tulis.
Contoh 2
Ayat Aktif Transitif : Anda telah menutup botol itu.
Ayat Pasif : Botol itu telah anda tutup.
Cuba anda tukarkan ayat aktif transitif di bawah dan seterusnya betulkan contoh-contoh ayat pasif yang diberikan.
Sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan, awak telah memanggil Amran ke dalam kelas.
Amran telah dipanggil oleh awak ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana oleh diikuti oleh ganti nama diri pertama atau kedua).
Amran, awak telah panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana ganti nama diri pertama/kedua mestilah diikuti oleh kata kerja).
Yang betul ialah :
Amran telah awak panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.

Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah

1) Kata ganti diri, masa dan tempat perlu ditukar kepada bentuk kata gandir diri yang sesuai dalam dialog. Kata ganti diri "saya" ditukar menjadi "dia", "kami" menjadi "mereka", "di sini" menjadi "di sana", "masa ini" menjadi" masa itu".

2) Pastikan idak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan perbualan.

3) Kata seru seperti cis, amboi, aduh, dan sebagainya hendaklah ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat.
Contohnya,

   "Cis!" - dilafazkan ketika dalam keadaan marah.
   "Eh!" - dalam keadaan hairan.
   "Aduh!" - dalam keadaan sakit.

4) Strukutur ayat perlu betul, pengolajan hendaklah baik mengikut susunan teks asal dan lancar.

5) Ayat perintah ditukar kepada frasa yang sesuai.
Contohnya,
 
   "Jangan" - bertujuan melarang.
   " Sila Masuk" - menjemput.

6) Penggunaan  kata singkatan mesti ditukar kepada perkataan yang lengkap seperti "nak" kepada "hendak", "mak" kepada "emak", "dah" menjadi "sudah" dan "mau" menjadi "mahu".

7) Perkataan bahasa Arab seperti "Alhamdulillah" ditukar kepada maksud ayat, iaitu mengucap syukur.

8) Unsur-unsur slanga dan dialek hendaklah dibuang dan ditukar kepada bahasa baku.
Contohnya,

   "Jom" - mengajak.
   "sat" - sebentar.

9) Jangan mencampuradukkan bentuk cakap ajuk dan cakap pindah sekali gus.

10) Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.

Kata Nama Am


1. Kata nama am merupakan perkataan yang merujuk kepada orang, binatang, benda atau tempat secara am atau secara umum.

2. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
a. Kata nama am abstrak
b. Kata nama am konkrit

a. Kata nama am abstrak merupakan nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan, misalnya:

mimpi, diktator, kehendak
sengsara, idaman, perhimpunan


b. Kata nama am konkrit merupakan nama sesuatu yang dapat dilihat atau dapat dipegang dan dapat dirasaken kewujudannnya, misalnya:

danau, guru, awan
kucing, titi, asap

3. Berikut diberikan beberapa contoh penggunaan kata nama am dalam ayat;

i. Kereta itu berwarna hitam.

ii. Ular itu sedang membelit mangsanya.

iii. Pelajar itu sedang mengulankaji pelajaran.

iv. Bapa Ahmad bersolat di surau.

Kata Nama Khas


1. Kata nama khas merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus.

2. Kata nama terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
a. Kata nama khas hidup
b. Kata nama khas tak hidup

3. Kata nama khas hidup pula terbahagi dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan bukan manusia.

a. Kata nama khas hidup

i. Kata nama khas hidup manusia, contohnya Azizul, Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

ii. Kata nama khas bukan manusia, contohnya Sang bedal, Comel, Habiscus Rosa Sinensis (Bunga Raya)

b. Kata nama khas tak hidup, contohnya Proton Wira, Tatabahasa Dewan, Tanjung Dawai dan Wisma Darulaman

4. Berikut beberapa contoh penggunaan kata nama khas dalam ayat:

i. Baju John Master itu mahal harganya.

ii. Sang Kancil berjaya memperdaya harimau dalam cerita itu.

iii. Ahmad suka bermain bola sepak.

iv. Pulau Pinang dikenali juga sebagai Pulau Mutiara.

Kata Nama


1. Kata nama am merupakan perkataan yang merujuk kepada orang, binatang, benda atau tempat secara am atau secara umum.

2. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
a. Kata nama am abstrak
b. Kata nama am konkrit

a. Kata nama am abstrak merupakan nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan, misalnya:

mimpi, diktator, kehendak
sengsara, idaman, perhimpunan


b. Kata nama am konkrit merupakan nama sesuatu yang dapat dilihat atau dapat dipegang dan dapat dirasaken kewujudannnya, misalnya:

danau, guru, awan
kucing, titi, asap

3. Berikut diberikan beberapa contoh penggunaan kata nama am dalam ayat;

i. Kereta itu berwarna hitam.

ii. Ular itu sedang membelit mangsanya.

iii. Pelajar itu sedang mengulankaji pelajaran.

iv. Bapa Ahmad bersolat di surau.

Kata Kerja

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif (Perbuatan tidak Melampau).

Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif

1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).

2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ).

3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitukata nama.

Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transitif.
radio ialah objek (kata nama).

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Contoh ayat :

1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

B. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatitu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

Contohnya :

1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah

Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan “ber, men, ter, ber... an dan ber...kan.

Contohnya:
(a) Ravi belum datang lagi.
(b) Murid-murid sedang belajar.
(c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan.

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘..kan’ atau ‘…i’ di hujungnya.

Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

Menukar Cakap Pindah Kepada Cakap Ajuk

Terdapat dua cara untuk menulis cakap ajuk.

1.   Ayat berntuk dialog dengan menggunakan (".........").
2.   Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis pada sebelah   kiri sahaja. tidak perlu tanda pengikat kata.


a) Anda perlu menukarkan kata ganti dirim masa dan tempat kepada bentuk kata gandi diri yang sesuai dalam ayat. 


Kata ganti diri "dia ditukarkan menjadi "saya", "aku" menjadi nama seseorang.
Kata ganti diri "mereka" menjadi "kami", "di sana, di situ" menjadi "di sini", "masa itu" menjadi "masa ini".


b) Pastikan tidak ada sisi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukar dialog.


c) Anda perlu menulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang  ditukar. Frasa kata seru hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti rasa "wah!" untuk menyatakan rasa kagum, "aduh!" menyatakan rasa sakit dan sebagainya.


d)  Penggunaan singakatam boleh digunakan seperti "nak" untuk kata "hendak". "mak" untuk "emak", "dah" untuk "sudah", "mau" untuh "mahu".


e) Perkataan bahasa Arab seperti "Alhamdulillah, Astaghfirullah" dan sebagainya juga boleh digunakan.


f) Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Contohnya "jom" untuk mengajak, "sat" untuk sebentar dan sebagainya.


g) Anda boleh menambah imbuhan pada kata-kata yang sesuai agar menjadi ayat yang lengkap.


h) Jangan mencampuradukka bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata. 


i) Jangan mengubah maksud dan struktur ayat asal.