I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 27 March 2011

Perbezaan Antara Frasa dan Kata Majmuk


1.      Frasa boleh terdiri daripada satu kata dan diperluaskan manakala kata majmuk  terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk ini terdiri daripada rangkai kata bebas, istilah khusus, dan maksud kiasan. Rangkai kata ini tidak boleh dipisahkan kerana jika dipisahkan akan membawa maksud yang berlainan.

2.      Frasa mempunyai unsur penggantian seperti ayat “air panas” boleh digantikan dengan “air sejuk dan air milo”. Kata majmuk tidak mempunyai unsur penggantian seperti kata “setiausaha” kerana kata majmuk ini sudah dianggap mantap.

3.      Frasa boleh disisipkan dengan kata relatif iaitu “yang” seperti “air panas” menjadi   “air yang panas”. Kata majmuk pula tidak boleh disisipkan dengan kata relatif seperti “jalan raya” tidak boleh menjadi “jalan yang raya”. Jika kata majmuk ini disisipkan dengan kata relatif, maka ayat tersebut tidak difahami.

No comments:

Post a Comment

terima kasih... datang lagi