I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 27 March 2011

Kembalikan Puncakku

oleh: Siti Azimah Binti Mohd Hanafi
Semester 4 sesi 2010/11
ISMP Bahasa Melayu, UPSI


Lukaku masih basah
Merah berlumpur
Cairan nanah berlimpah
Nyilu terasa, sakit tidak terhingga
Kulitku dicengkam, disiat-siat
Jiwa meronta
Tangis dan rintihan tiada kedengaran
Melolongku teriak minta simpati
Namun tiada siapa peduli
Jeritanku kian bisu
Lemah tiada maya

Tidakkah kau sedar
Tindakanmu yang menyakitiku akan membunuhmu
Tidakkah kau tahu yang kau telah memanggil mautmu sendiri
Bahkan bukan hanya kamu
Malah mereka disekelilingmu

Hentikannya wahai manusia
Kelak nyawamu terpisah dari jasad
Padah menyakitiku
Saat itu
Kulitku terkopak
Isi perutku terburai
Muntahan tanah yang meleleh deras
Meluncur laju tiada tertahan
Menggamit mangsa tanpa belas
Menghentam segala pelindung
Saat itu
Syahadah lenyap dari kepala
Hanya laungan simpati yang kedengaran
Langkah seribu kini berganda
Lintang pukang mencari arah
Mengharapkan tempat berlindung
 Padah ini kerana dirimu sendiri
Politik ini permainan bagimu
Tapi kesengsaraan bagi yang lain

Indahku tidak lagi seperti dulu
Jika dahulu aku tegak berdiri megah
Kini aku landai
Tiada tarian kanopi hijau
Tiada nyanyian merdu sang unggas
Hanya tangisan sengsara
Meratap ghaibnya harta
Kemusnahan jiwa
Jika dahulu aku tegak menggunung
Kini hanyalah tanah rata
Tidak mungkin lagi kucapai puncakku semula

No comments:

Post a Comment

terima kasih... datang lagi